Mesti kita semua masih ingat lagi dulu waktu di bangku sekolah, kita selalu mengungkapkan perkataan ini selesai sahaja guru mengajar, ketua darjah akan mengetuainya lalu diikuti oleh semua murid, kenangan yang indah ini tentunya amat sukar dilupakan oleh semua, yer hari ini adalah hari sambutan Hari Guru, disambut untuk mengenang jasa pengorbanan guru2 kita mendidik dan mengasuh kita dari kecil sehingga dewasa.

Guru bagaikan ibu dan bapa ke-2, hari ini ana baru sudah menghantar sms kepada guru2 ana di sekolah dahulu. terasa masa berlalu bergitu pantas, semua peristiwa di sekolah dahulu seakan2 baru belaku. di kesempatan ini ana mahu mengucapkan SELAMAT HARI GURU pada semua PENDIDIK tidak mengira CIKGU SEKOLAH TADIKA, RENDAH DAN MENENGAH MAHUPUN UNIVERSITI. tanpa anda siapalah kami.. terima kasih kepada guru ana (Cikgu Mas, Cikgu Roslina Hashim, Cikgu Amnah, Arwah Cikgu Rosnani, Cikgu Zaiton, Cikgu Zaihani, Cikgu Airil, Cikgu Haji Kamal, Cikgu Faridah, Ust Talib, Ust Ridzwan, Ust Othman, Cikgu Rozita dan semua guru2 ana di SKLK, SMAJ, SMTK, UMP dan UTP).. semoga ilmu yang Cikgu semua curahkan pada ana, akan dilihat oleh Allah sebagai amal jariah.. TERIMA KASIH CIKGU~
No comments:
Post a Comment