Friday, May 16, 2008

Terima Kasih Cikgu 16 MEI 2008

Teeeeriimaa Kaassiiihh Cikgu~
Mesti kita semua masih ingat lagi dulu waktu di bangku sekolah, kita selalu mengungkapkan perkataan ini selesai sahaja guru mengajar, ketua darjah akan mengetuainya lalu diikuti oleh semua murid, kenangan yang indah ini tentunya amat sukar dilupakan oleh semua, yer hari ini adalah hari sambutan Hari Guru, disambut untuk mengenang jasa pengorbanan guru2 kita mendidik dan mengasuh kita dari kecil sehingga dewasa.

Guru bagaikan ibu dan bapa ke-2, hari ini ana baru sudah menghantar sms kepada guru2 ana di sekolah dahulu. terasa masa berlalu bergitu pantas, semua peristiwa di sekolah dahulu seakan2 baru belaku. di kesempatan ini ana mahu mengucapkan SELAMAT HARI GURU pada semua PENDIDIK tidak mengira CIKGU SEKOLAH TADIKA, RENDAH DAN MENENGAH MAHUPUN UNIVERSITI. tanpa anda siapalah kami.. terima kasih kepada guru ana (Cikgu Mas, Cikgu Roslina Hashim, Cikgu Amnah, Arwah Cikgu Rosnani, Cikgu Zaiton, Cikgu Zaihani, Cikgu Airil, Cikgu Haji Kamal, Cikgu Faridah, Ust Talib, Ust Ridzwan, Ust Othman, Cikgu Rozita dan semua guru2 ana di SKLK, SMAJ, SMTK, UMP dan UTP).. semoga ilmu yang Cikgu semua curahkan pada ana, akan dilihat oleh Allah sebagai amal jariah.. TERIMA KASIH CIKGU~

drcinta4u

"Salam muhibbah dan perkenalan drp ana untuk sekalian pengunjung dr-cinta-4-u@blogspot ini. this one adalah entry ana yang pertama. pada mulanya apa yang membuatkan ana nak mula membuat blog ni adalah kerana ana nak fully utilize kemudahan internet yang ada dkt campus ana ni. tapi maybe kita sama2 boleh share sumthin yang bermanfaat kemudian. buat masa ni ana ada terfikir untuk jadikan blog ni tempat untuk kita sama2 berdiskusi mengenai hal-hal berkaitan dengan CINTA. ana maksudkan CINTA secara general, CINTA KEPADA PENCIPTA, CINTA PADA MANUASIA DAN CINTA PADA MAKHLUK. jadi untuk itu sudi2 kan lah menjadi pengunjung blog ini ya!... dan insyaAllah, ana akan cuba utk update at least 2 hari sekali.. sehingga berjumpa lagi pada entry yang ke-2, wassalam"